Peraturan Melawat Blog Ini
Amaran Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan merbahaya kepada bot-bot kecil. Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri. 18 Tahun ke atas.. Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik,(18PL) Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,(18SX) Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,(18SG) Bukan Ustaz. Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab. Maafkan penulis jika kurang hikmah dalam penulisan di sepanjang blog ini, dan terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba yang hina ini. Seks Blog ini sering bercerita tentang kelebihan berumahtangga dan isu seks, dalam menggalakakn muda mudi mendirikan rumahtangga dengan cepat demi kesempurnaan separuh dari ugama melalui perkahwinan, walaubagaimanapun, tak salah jika yang sudah berkahwin membacanya.(mana tahu ada rezeki untuk tambah…) Mualaf Dalam bebarapa artikel, ada di selitkan nota untuk mualaf, bagi penulis, mungkin anda akan tidak selesa atau bosan membacanya, namun abaikan sahaja kerana pada pendapat Aku yang hina, masih ramai sebenarnya remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh. BuZnama Bermaksud: “Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA”. Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari ‘Buznama’, maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW. Short Word. Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain. Hampeh mencarut dengan bahasa yang murni. Mamat. Mamat adalah gabungan nama kepada ‘musuh’ aku yang muncul bertali arus secara tidak langsung dalam hidup berugama apatah lagi selepas belajar ‘Gaya Pulang ke pangkal jalan’, bagus kita gunakan ‘Mamat’ dalam memudahkan satu-satu penerangan, terima kasih Mamat. Dan mamat sebenarnya seorang sahabat yang baik. Woha Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario. Oh Penulis menggambarkan situasi sedih atau mengeluh kepada diri sendiri. Lagu dan Syair. Dalam kitab ugama, penulis dapati banyak penerangan di selitkan syair arab, menjadikan kitab itu menarik dan seronok di baca. maka aku juga banyak menyelitkan lirik lagu yang popular di mata aku ke dalam beberapa artikel, ada yang aku edit sesuka hati dan ada yang sama dengan lirik lagu yang asal, anggap sahaja sebagai syair dalam memudah fahamkan sesuatu penerangan dan menghidupkan suasana ceria. Lawak. Ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama. Mudah-mudahan. Rujuk Ustaz Penulis benar-benar maksudkannya. Demi kebahagian anda. Jangan Jadi SLOW Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk UMNO, TABLIGH dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, dan kutuk aku seorang…,
Cuti bersalin lebih awal
rujukan: utusan
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2009 *kLIK uNTUK dOWNLOAD*
KUALA LUMPUR 25 April – Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.
Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.
Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.
Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu. – BERNAMA
Majlis Tertinggi Umno 2008-2011

- DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Bendahari
- DATUK SERI AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH
Ketua Penerangan
- AHMAD MASLAN
Wanita
- DATUK KAMILIA IBRAHIM
Pemuda
- DATUK RAZALI IBRAHIM
Puteri
- DR WAN NORASHIKIN WAN NOORDIN
Tambahan MT:
- DATUK SERI DR RAIS YATIM
- DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
- SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATUK JAMIL KHIR BAHAROM
- SENATOR DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN
- DATUK SERI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR
- DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
- TAN SRI RAFIDAH AZIZ
- DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
- DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM
PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI
- 1) Perlis
- Pengerusi – DATUK SERI DR MD ISA SABU
- Timbalan Pengerusi – DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
- 2) Kedah
- Pengerusi – DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL
- Timbalan Pengerusi – DATUK AHMAD BASHAH MD HANIPAH
- 3) Kelantan
- Pengerusi – DATUK MUSTAPA MOHAMED
- Timbalan Pengerusi – SENATOR DATUK DR AWANG ADEK HUSSEIN
- 4) Terengganu
- Pengerusi – DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN
- Timbalan Pengerusi – DATUK AHMAD SAID
- 5) Pulau Pinang
- Pengerusi – DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
- Timbalan Pengerusi – DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN
- 6) Perak
- Pengerusi – DATUK SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
- Timbalan Pengerusi – DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH
- 7)Pahang
- Pengerusi – DATUK SERI ADNAN YAAKOB
- Timbalan Pengerusi – DATUK MOHD SHARKAR SHAMSUDIN
-
Selangor
- Pengerusi – DATUK SERI NAJIB RAZAK
- Timbalan Pengerusi – DATUK NOH OMAR
- 9) Wilayah Persekutuan
- Pengerusi – TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
- Timbalan Pengerusi – SENATOR DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN
- 10) Negeri Sembilan
- Pengerusi – DATUK SERI MOHAMAD HASAN
- Timbalan Pengerusi – DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR
- 11) Melaka
- Pengerusi – DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
- Timbalan Pengerusi – DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP
- 12) Johor
- Pengerusi – DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
- Timbalan Pengerusi – DATUK DR ABD LATIFF AHMAD
- 13) Sabah
- Pengerusi – DATUK SERI MUSA AMAN
- Timbalan Pengerusi – DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK
Sekalung Tahniah
sumber: Bernama
SEKALUNG TAHNIAH BUAT PERDANA MENTERI KITA YANG KE-ENAM.
Datuk Seri Najib Tun RazakKUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Malaysia hari ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah dengan majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam di sini pagi ini.
Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Negara.
Dengan pengambil alihan jawatan itu, anak sulung kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, akan meneruskan legasi Abdullah untuk membawa negara ke arah kejayaan yang kini dilanda keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Berita mengenai Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri disiarkan secara meluasnya dalam akhbar Malaysia hari ini sementara saluran radio dan televisyen sentiasa memuatkan berita terkini berkaitan detik bersejarah ini.
Para tetamu termasuk menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing mula tiba di Istana Negara mulai pukul 9 pagi.
Media termasuk media asing mula berkumpul di luar pintu istana berkenaan seawal pukul 8 pagi untuk melaporkan upacara ini.
Cuaca agak baik dan aliran trafik di bebarapa jalan berhampiran Istana Negara agar lancar.
Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpat yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.
Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.
Senarai penuh barisan Kabinet baru 2009
sumber: utusan
KUALA LUMPUR 9 April – Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
Keputusan Pilihanraya kecil 2009
Keputusan Pilihanraya Kecil yang berlaku serentak di satu parlimen dan dua dun di malaysia, untuk tahun 2009. Semoga pemimpin yang dipilih adalah boleh menjalankan tugas.
- Majoriti: 2,789
- Undi Rosak: 456
- Jumlah Undi: 41, 626
- % Mengundi: 75%
- Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
| Nama | Parti | Bil Undi | |
![]() |
Ismail Saffian, 48 | ![]() BN |
19,071 |
![]() |
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,52 | ![]() PAS |
21,860 |
![]() |
Kamarul Ramizu Idris, 42 | ![]() Bebas |
62 |
DUN Bukit Selambau – 15 calon
- Majoriti: 2,403
- Undi Rosak: 415
- Jumlah Undi: 24,611
- % Mengundi: 70.28%
- Pemenang: S Manikumar (PKR)
DUN Batang Air – 2 calon
- Majoriti: 1,854
- Undi Rosak: 59
- Jumlah Undi: 6,019
- % Mengundi: 75.32%
- Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)
| Nama | Parti | Bil Undi | |
![]() |
Malcolm Mussen anak Lamoh, 49 | ![]() BN |
3,907 |
![]() |
Jawah anak Gerang, 55 | ![]() PKR |
2,053 |
Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al-Qur’an
PENDAHULUAN
Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum al-Qur’an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur’an dan dibandingkan dengan kandungan Pentateuch.
Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur’an, seterusnya bakal merungkai bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah “diciptakan” itu.
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN
Pendahuluan
Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”…..
Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.
Read more »
Tahniah Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed
Tahniah PAUTM ucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan(UMK) di atas penganugerahan pingat Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang(D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan sempena hari Keputeraan Baginda yang ke-59 pada 30 Mac 2009 baru-baru ini.Beliau merupakan alumni Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) yang kemudiannya dikenali sebagai UTM dalam kursus Diploma Kejuruteraan Awam (1974), Kelas Pertama. Beliau mendapat Sarjana Muda dan Sarjana Sains dari University of Strathclyde, Scotland(1975-1979). Pada 1987, beliau mendapat Ph.D dalam bidang Civil/Structural Engineering dari University of Cambridge, England
Antara jawatan yang pernah beliau sandang adalah Head of Heavy Structural Laboratory; Coordinator of the Structural Engineering Course; Ketua Jabatan (1980-1983); dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam (1988-1990) UTM. Selama setahun, 1992 / 1993, beliau menjadi penyelaras dalam penubuhan sistem pendidikan graduan di UTM dan dari 1993-2001 beliau menyandang jawatan Dekan pertama School of Graduate Studies. Beliau juga merupakan pengasas kepada International Business Programme / School (IBP / IBS) (1998) yang menawarkan program MBA (Techno-Entrepreneurship) di UTM dan telah dilantik sebagai Dekan pertama Hal-Ehwal Antarabangsa(International Affairs) UTM.
Proton EXORA – MPV
sumber: kereta.info
PROTON EXORA

Selama sebulan peraduan menamakan MPV terbaru dari proton, seramai 251,763 telah menyertai dari pelbagai lapisan masyarakat, yang mana 84% telah menghantar peraduan melalui internet, dan juga melalui sms.
Akhirnya hadiah pertama dimenangi oleh peserta yang berumur 29 tahun, Norsholihan Abd Eanich, seorang guru daripada Changlun, Kedah, yang telah memenangi sebuah MPV Exora, tempat kedua pula dimenangi oleh, Rashidi Tokiman daripada Kluang, Johor and Ros Hamdi Ismail daripada Cheras telah memenangi percutian dua orang yang bernilai RM15,000 ke LOTUS UK.
Disesuaikan dengan enjin 1.6-litre CamPro, proton EXORA akan dibuka untuk tempahan dan pada 21 Feb di semua 293 Proton Edar dan EON sales offices nationwide. Harga Proton Exora dibawah RM80,000 dan bayaran untuk tempahan adalah sebanyak RM1,000.

The proton MPV Exora rides on a 2800 mm (110.2-in.) long platform. Main dimensions are: 4662 x 1820 x 1590 mm (183.5 x 71.6 x 62.6-in.).
“Datuk Syed Zainal sebelum ini telah memberitahu bahawa barisan ketiga kerusi penumpang boleh dilipat rata ke lantai seperti MPV terbaru yang lain.Difahamkan juga barisan ketiga kerusi penumpang Proton MPV boleh terbelah dua tidak seperti Toyota Avanza atau seperti Nissan Grand Livina.Ianya bagaimanapun tidak boleh dilipat kehadapan, begitu juga barisan kedua kerusi penumpang Proton MPV. Susunan kerusi Proton MPV adalah berdasarkan 2 + 3 + 2.”

(Proton Exora on Malaysia Road)
“Dari segi saiz, Proton MPV mempunyai saiz yang lebih besar daripada dua model MPV daripada Jepun. Proton MPV mungkin akan termasuk dalam kategori Toyota Wish, Honda Stream dan Mazda5.Bahagian dalaman Proton MPV juga agak ringkas,asas tetapi kelihatan menarik.Proton juga telah mendengar pandangan orang ramai dan kehendak pasaran dan Proton MPV pasti membuat semua orang teruja!”
Syed Zainal Abidin said plans were also a foot to introduce the CKD version of Proton MPV EXORA in Iran by 2010. The Proton MPV or Proton MPV EXORA expected to be launched in the Malaysian market in March but then they postponed it to April 2009.
Yang Di-Pertuan Agung Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Leave a Comment
Leave a Comment
Leave a Comment



































