Panduan Solat Jamak dan Qasar

SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :

  1. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
  2. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
  3. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

  1. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
  2. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

—————————————–||||||—————————————————–

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

1. Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

2. Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

3. Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

4. MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya

5. Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

6. Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada’

7. Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA’ DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama’ sekali. Ertinya ia boleh menjama’kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

1. Menjama’kan dua solat fardhu tanpa qasar

2. Menjama’kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama’ Taqdim dan Qasar :

Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama’kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Solat Maghrib dan Isya’

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama’kan ke dalamnya Isya’ kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib – isya’ sama dengna niat jama’ taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama’ Takhir dan Qasar:

Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama’kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Solat Maghrib dan Isya’

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan isya’ tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Disediakan oleh : farlis

Web rujukan :

http://farlis.wordpress.com

http://www.e-zakat.com.my/baru/IBADAH/musafir_jamak.asp

farliscom@yahoo.com

No comments yet

Leave a reply

  • PRO PR


    Al Banjari
    Aloha
    Angkasanuri
    Anti Khairy
    Biaq Piirah
    CheguBard
    Harapan Malaysia
    Hasbullah Pit
    Ilham Najmi
    Laman Reformasi
    Lawan Tetap Lawan
    Nyatakan Kebenaran
    OfficeBoyTkt4
    Pemuda Bukit Katil
    Penyapu Lidi
    PerakXpress
    Perisik Rakyat
    Pisau Toreh
    Rentap Revolusi
    Seri Iskandar
    Siasah
    Sukj

  • Blog Pengintip


    Al Bima Sakti
    Al Muslimin
    Anak Muda Parlimen Batu
    Bila Insan Istimewa Menulis (OKU)
    Cik Widuri
    Direktori Blog
    Faisal Tehrani
    Hijat Penang
    Keris Silau
    Kulup Sakah
    Man Helang
    Motor Cabok
    Mountdweller
    Perjuangan Hidup
    Perwaris Reformasi
    Siyasah Syariyah
    Sumandak Bayu
    Tak Gedebeh
    Tukang Sapu
    UmmiAnni
    Warung Pakteh
    Wira Pendang

  • Grafik


    Awang Purba
    Awang3d
    NAGFA
    Demcomic
    Locklaq
    Garbage
    Gayour
    ArtThey
    LifeInMono
    KertasBerwarnaYangBodoh