Archive for the ‘Islam’ Category

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al-Qur’an

PENDAHULUAN

Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum al-Qur’an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur’an dan dibandingkan dengan kandungan Pentateuch.

Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur’an, seterusnya bakal merungkai bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah “diciptakan” itu.

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”…..
Surah al-Baqarah (2): 30

Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.
Read more »

Gambar di dalam kaabah. Allah Hu Akhbar

ALLAH HU AKHBAR.. ALLAH HU AKHBAR.. ALLAH HU AKHBAR..

SETELAH SEKIAN LAMA SAYA NAK MELIHAT ISI DALAM KAABAH, BARU HARI INI YANG BERTARIKH 18JANUARI20009, AKHIRNYA IMPIAN SAYA TERCAPAI, WALAUPUN SAYA MASIH LAGI TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK KE MEKAH, TETAPI LAMBAIAN KAABAH ITU TETAP BERMAIN DI MATA..

Gambar Dalam Kaabah


Rahsia Disebalik Nama

Pilih nama yang baik untuk anak anda kerana nama ini menjadi doa buat dirinya. Dengan nama ini juga dia akan dipanggil di akhirat kelak.

article thumbnail Senarai nama-nama Pilihan
article thumbnail Nama-nama Putera
article thumbnail Nama-nama Puteri
article thumbnail Nama-nama Makruh dan Dilarang dalam Islam

Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama.

Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.

Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu.

Read more »

Halal Al-Toyibah (Malaysia)

sumber rujukan: http://www.halal.gov.my
Direktori halal: http://www.halal.gov.my/directory/index.php?lang=
permohonan halal : http://www.halal.gov.my/apps/e-halal.php?new=

logo halal

logo halal

Takrifan

Takrifan
Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa HDC, JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Read more »

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
(Abu Daud)

Hadith :

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka tau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.”

Hadith :

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat ‘Id.”

Read more »

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Berbuka

Salam, sila hafal dan sebarkan. Terima kasih. ) Aku cuma nak kongsi je, mane tau ada yang terlupa niat puasa. Ye la, puasa pun setahun sekali…

Niat puasa ramadhan :

(mod) niat puasa

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Download Lafaz Niat Puasa

Niat berbuka puasa :

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

niat-berbuka-puasa

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa. )

Al-Qur’an

Al-Qur’an

Al-Qur’an kitab suci umat Islam

al-Quran - kitab suci umat Islam

Sebahagian siri dalam Islam

Sejarah Islam

Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali
· Sahabat Nabi · Imam · Imam MahdiTokoh Islam lain
Kitab & Undang-Undang
Al-Qur’an · Hadis · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunnah · Syi’ah · Sufi
Kota Suci Islam
Mekah · Madinah · Baitulmuqaddis
Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam

Al-Quran atau Quran (b. Arab: القرآن al-Qur’ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya”. (AL Hijr 15:9)

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

Nama-nama al-Quran

  • al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

  • al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

Read more »

  • PRO PR


    Al Banjari
    Aloha
    Angkasanuri
    Anti Khairy
    Biaq Piirah
    CheguBard
    Harapan Malaysia
    Hasbullah Pit
    Ilham Najmi
    Laman Reformasi
    Lawan Tetap Lawan
    Nyatakan Kebenaran
    OfficeBoyTkt4
    Pemuda Bukit Katil
    Penyapu Lidi
    PerakXpress
    Perisik Rakyat
    Pisau Toreh
    Rentap Revolusi
    Seri Iskandar
    Siasah
    Sukj

  • Blog Pengintip


    Al Bima Sakti
    Al Muslimin
    Anak Muda Parlimen Batu
    Bila Insan Istimewa Menulis (OKU)
    Cik Widuri
    Direktori Blog
    Faisal Tehrani
    Hijat Penang
    Keris Silau
    Kulup Sakah
    Man Helang
    Motor Cabok
    Mountdweller
    Perjuangan Hidup
    Perwaris Reformasi
    Siyasah Syariyah
    Sumandak Bayu
    Tak Gedebeh
    Tukang Sapu
    UmmiAnni
    Warung Pakteh
    Wira Pendang

  • Grafik


    Awang Purba
    Awang3d
    NAGFA
    Demcomic
    Locklaq
    Garbage
    Gayour
    ArtThey
    LifeInMono
    KertasBerwarnaYangBodoh