Archive for the ‘PerdanaMenteri’ Category

Sekalung Tahniah

sumber: Bernama

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PERDANA MENTERI KITA YANG KE-ENAM.


Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Malaysia hari ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah dengan majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam di sini pagi ini.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Negara.

Dengan pengambil alihan jawatan itu, anak sulung kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, akan meneruskan legasi Abdullah untuk membawa negara ke arah kejayaan yang kini dilanda keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Berita mengenai Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri disiarkan secara meluasnya dalam akhbar Malaysia hari ini sementara saluran radio dan televisyen sentiasa memuatkan berita terkini berkaitan detik bersejarah ini.

Para tetamu termasuk menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing mula tiba di Istana Negara mulai pukul 9 pagi.

Media termasuk media asing mula berkumpul di luar pintu istana berkenaan seawal pukul 8 pagi untuk melaporkan upacara ini.

Cuaca agak baik dan aliran trafik di bebarapa jalan berhampiran Istana Negara agar lancar.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpat yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

sumber rujukan: jabatan perdana menteri

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.U.K. (Kedah), S.U.M.Z., S.P.M.S., D.B.S.J., S.S.S.J., S.P.S.A, S.S.A.P., D.U.P.N., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.

Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
Read more »

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.
Read more »

YABhg. Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976.

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
Read more »

YABhg. Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.

Read more »

Biodata YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

sumber rujukan: intitut pemikiran tun dr mahathir
sumber rujukan: Perdana Menteri
web rasmi: http://www.chedet.com

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia Keempat

1981 – 2003

“Bapa Pemodenan”

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Star, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Star yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Read more »

  • PRO PR


    Al Banjari
    Aloha
    Angkasanuri
    Anti Khairy
    Biaq Piirah
    CheguBard
    Harapan Malaysia
    Hasbullah Pit
    Ilham Najmi
    Laman Reformasi
    Lawan Tetap Lawan
    Nyatakan Kebenaran
    OfficeBoyTkt4
    Pemuda Bukit Katil
    Penyapu Lidi
    PerakXpress
    Perisik Rakyat
    Pisau Toreh
    Rentap Revolusi
    Seri Iskandar
    Siasah
    Sukj

  • Blog Pengintip


    Al Bima Sakti
    Al Muslimin
    Anak Muda Parlimen Batu
    Bila Insan Istimewa Menulis (OKU)
    Cik Widuri
    Direktori Blog
    Faisal Tehrani
    Hijat Penang
    Keris Silau
    Kulup Sakah
    Man Helang
    Motor Cabok
    Mountdweller
    Perjuangan Hidup
    Perwaris Reformasi
    Siyasah Syariyah
    Sumandak Bayu
    Tak Gedebeh
    Tukang Sapu
    UmmiAnni
    Warung Pakteh
    Wira Pendang

  • Grafik


    Awang Purba
    Awang3d
    NAGFA
    Demcomic
    Locklaq
    Garbage
    Gayour
    ArtThey
    LifeInMono
    KertasBerwarnaYangBodoh