Archive for the ‘VIP’ Category
Tahniah Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed
Tahniah PAUTM ucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan(UMK) di atas penganugerahan pingat Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang(D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan sempena hari Keputeraan Baginda yang ke-59 pada 30 Mac 2009 baru-baru ini.Beliau merupakan alumni Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) yang kemudiannya dikenali sebagai UTM dalam kursus Diploma Kejuruteraan Awam (1974), Kelas Pertama. Beliau mendapat Sarjana Muda dan Sarjana Sains dari University of Strathclyde, Scotland(1975-1979). Pada 1987, beliau mendapat Ph.D dalam bidang Civil/Structural Engineering dari University of Cambridge, England
Antara jawatan yang pernah beliau sandang adalah Head of Heavy Structural Laboratory; Coordinator of the Structural Engineering Course; Ketua Jabatan (1980-1983); dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam (1988-1990) UTM. Selama setahun, 1992 / 1993, beliau menjadi penyelaras dalam penubuhan sistem pendidikan graduan di UTM dan dari 1993-2001 beliau menyandang jawatan Dekan pertama School of Graduate Studies. Beliau juga merupakan pengasas kepada International Business Programme / School (IBP / IBS) (1998) yang menawarkan program MBA (Techno-Entrepreneurship) di UTM dan telah dilantik sebagai Dekan pertama Hal-Ehwal Antarabangsa(International Affairs) UTM.
Leave a Comment